Ikan Kering Bujuk / Haruan

Musim kemarau ketika ini menjadikan banyak tempat menjadi lubuk ikan terperangkap. Kali ini memancing bujuk untuk dijadikan ikan kering. Cuaca yang panas ketika ini amat sesuai untuk menjemur ikan. Tidak memakan masa yang lama kerana cuaca panas.


Ikan bujuk dan haruan dibelah belakang. Selepas direndam semalaman dengan air garam, ikan dibilas dengan air bersih dijemur.

 

Puyu Covid 19

Lama sangat sudah tidak memancing ikan puyu. Sejak PKP wabak Covid 19 masa banyak dihabiskan berada di rumah sahaja. Apabila larangan PKP diperingkat bersyarat barulah dapat meluangkan masa untuk memancing ikan puyu.

Kali ini puyu memang bersaiz besar dari sebelum ini. Memang jarang untuk  menemuikan saiz seperti ini. Kalau sudah rezeki, sampai masa dapat juga.



 

Sebarau - Kalau Sudah Rezeki

Kata orang kalau sudah rezeki tu tak ke mana. Mungkin masanya sahaja yang menentukan.  Kali ini dapat naikkan sebarau yang agak boleh tahan besarnya. Walaupun tak dijangka. Keadaan air yang cukup baik untuk memburu kerana beberapa hari hujan turun tetapi tidak terlalu lebat. Air pula bertahan.

Seminggu sebelum ini satu lure rapala SSR5 telah pun putus disambar oleh sebarau. Lesap satu. Tidak sempat berbuat apa-apa kerana terlalu pantas. Terubat juga akhirnya bila dapat naikkan di lokasi yang sama.
 




Sauk Anak Ikan

Bila air naik selepas musim hujan, pasti anak ikan pun turut menongkah air. Bila ketika macam ni mudah hendak kita menyauk anak ikan untuk dijadikan umpan. Sekali sauk sudah mencukupi untuk dijadikan umpan. Ikan yang akan makan anak ikan ni sudah tentu baung dan sekutu dengannya.




Ikan Selat

Ikan selat banyak terdapat di parit-parit, anak sungai dan juga sungai. Biasanya ikan ini memang banyak dan mudah diperolehi. Bagi sesetengah pemancing ikan ini merupakan salah satu ikan pengganggu. Bagaimanapun ikan ini masih lagi ada harga di pasaran walaupun ikan selat ini mempunyai tulang halus yang banyak. Hampir seluruh badannya bertulang seperti sabut. 

Ikan ini rasanya manis. Ada juga yang mengambil ikan ini untuk dibuat ikan kering dan juga pekasam. Selain itu ikan ini juga boleh diambil isi untuk dijadikan fishball. Paling mudah cekodok ikan. Dengan cara memotong bahagian ekor, dan lenyek dengan penggelek dari bahagian antara kepala dan badan. Isi ikan ini akan keluar melalui ekor yang telah dipotong tadi.

Kawan saya suka ikan ni. Nama saya rahsiakan la. Manis katanya. Selalu dia akan ambil ikan ini untuk dibuat fishball.   
 





Memburu Sebarau

Memburu ikan sebarau ini menjadi satu ketagihan. Pemancing sanggup berbelanja lebih terutama  untuk membeli umpan ikan tiruan. Selalu yang digunakan ialah jenama Rapala. Ada juga jenama lain seperti Yozuri, Daiwa dan sebagainya. Berbanding dahulu harga cuma antara RM10-RM20 untuk satu umpan, tetapi kini mencecah RM30 ke atas. 

Kalau putus samada tersangkut atau di bawa ikan yang melebihi saiz, atau ada  juga yang pecah kerana sambaran ikan memang sedih la. Biasanya kalau sangkut pandai-pandai la nak dapatkan semula. 

Gambar akhir merupakan orang yang mengheret aku memburu ikan sebarau menggunakan  umpan tiruan. Sebelum itu biasanya aku hanya menggunakan umpan anak ikan putih kecil yang bersaiz satu atau dua jari. Menggunakan mata kail 01/02. Waktu memburu ketika itu biasanya musim air sungai naik. Port paling digemari yang mempunyai calvert yang airnya yang jernih dan deras. 

Boleh juga menggunakan umpan anak udang untuk memancing ikan sebarau. Pastikan tali yang kuat dan ikatan mata kail yang kukuh sebelum hendak memancing ikan sebarau. Kita tidak pasti yang meragut pancing kita itu samada yang bersaiz kecil atau besar. Yang penting kita bersedia dahulu sebelum menyesal.





Orang yang  mengheret aku memburu sebarau.