Kali ni memancing kaloi di Sungai Bernam. Dua petang berturut dapat 9 ekor yang bersaiz purata setengah kilo seekor. Kalau dulu dapat ikan ni bagi orang je, kali ni bila dapat terus buang perut sebelum pecah, barulah dapat makan tanpa bau. Hari ketiga turun waktu pagi, kurang memberangsangkan berbanding waktu petang. Ada pakcik tu (Wak Din) dapat 19 ekor pada waktu yang sama. Masa ni ikan berkumpul agaknya selepas air besar.