Port Puyu

Lama tak turun mencari puyu. Ni pun saja-saja ikut kawan. Dengarnya ada yang bersaiz besar. Tapi hari tu turun mungkin keadaan cuaca yang kurang sesuai untuk puyu. Lagipun banyak gangguan oleh ikan kepar. Umpan cengkerik ni memang sukar untuk dapatkan kepar kecuali umpan cacing. 


 

Trip Camping Mencari Tengas

Trip singkat ini dirancang mencari tengas untuk dibela sambil merecce potensi sungai sama ada dihuni kelah atau tidak. Saya dan rakan yang arif tentang habitat kelah merancang untuk berkhemah selama dua hari satu malam. Kawasan yang dituju tidak asing lagi bagi kaki offroad tetapi disebabkan tiada transport yang sesuai kami mengambil keputusan untuk  berjalan dan meranduk sungai setakat mana yang mampu.

Setelah sejam setengah berjalan dan meranduk sungai sambil meninjau serta mencari lokasi tapak khemah yang sesuai. Hari sudah mulai gelap dan kami mengambil keputusan untuk mendirikan khemah di kawasan yang tidak jauh dari spot memancing.
 
Sambil meninjau rakan saya mencari benih kelah dan hasil pemerhatian walaupun keadaan geography yang sesuai untuk kelah... sungai ini hanya ada anak-anak tengas dan sebarau sahaja.

Pancingan bermula pada pukul 8 malam setelah selesai mendirikan khemah dan makan malam. Umpan utama yang digunakan ialah cengkerik. Kami memancing dasar dan meranduk ke lokasi bangkar kayu dan kawan berbatu. Selesai memancing sekitar pukul 4.30pg, kami pulang semula ke tapak khemah. Lebih kurang 20 ekor lebih tengas berjaya dipancing dan dua ekor ikan keli berjaya dinaikkan.

Pancingan diteruskan pada awal pagi keesokkan harinya tetapi terpaksa berhenti awal tengahari  disebabkan hujan  turun tiba tiba. Kami terpaksa bergegas ke tapak khemah untuk mengemas barang untuk  mengelakkan kepala air.

Hujan yang berterusan menyebabkan kami mengambil keputusan untuk keluar awal kerana tiada jalan  darat kecuali meranduk sungai sebelum melalui jalan darat .  Alhamdullilah keluar pada pukul 5 ptg. 











Trip Udang Galah Teluk Intan

Trip kali ini agak kurang memberangsangkan. Kebanyakan udang bersaiz kecil. Ada juga saiz gred A, tetapi tidak semua tempat. Keadaan air juga memainkan peranan. Udang saiz kecil terlalu banyak.  






 

Trip Udang Galah Tg Karang

Trip udang kali ini turun Sungai Tengi Kanan, Tg Karang. Naib kurang menyebelahi kami kali ini kerana keadaan sungai yang kurang memuaskan. Hujan lebat petang sebelumnya menyebabkan air sungai keruh. 
Kami tiba ketika air masih lagi pasang. Tidak lama melabuh pancing sudah dapat naikkan jenggo. Tapi tak lama bila air mula menurun keadaan makin teruk. Dengan keladaknya langsung tak mau makan. Pindah ke arah bawah sementara menunggu air pasang. Kecewa juga. 
Bila air mula naik ada tanda tanda mau makan, tapi umpan cacing. Umpan lain hampeh.







 

Koleksi Sebarau 2







Agak susah dah nak dapat kan saiz mega. Kalau memburu mengikut musim tentu dapat sebarau saiz besar. Tapi kalau hari-hari memburu, nampaknya susah la. Mau pupus sebarau ni kelak. Saiz ciput pun depa casting.

Toman

Lama juga tak mancing toman, Ikan ni kurang dapat perhatian, tapi kalau nak rasa tarikannya boleh la layan ikan toman. Tengah mancing terbul (tak dapat pun) nampak kelibat ikan menyambar dan mengejar anak ikan. Sangkakan sebarau dah, sebab nampak dari jauh. 

Pergi dekat dan berlindung di sebalik pokok sawit, lontarkan rapala sr, tengah casting disambar bawah, ingatkan sangkut. Rupanya toman ni yang makan.  Layan juga la hingga letih ikan tu. Dapat naikkan timbang 1.88kg. Hampir 2kg. Bagi ikan tu kat Cikgu Satria. Ikan ni memang tak  masuk senarai bawak balik. Kalau bawak balik pun bagi orang yang nak makan. Kalau tak pun lepas balik.





Memburu Sebarau



Lama tak turun mencari sebarau. Dah mula musim hujan ni, cuba la nasib di port yang selalu ada sebarau. Setakat ni boleh lagi kalau hendak dapat saiz biasa. Sesekali ada juga saiz mega.

Ikan Terbul 2












Ikan Terbul


Lama tidak mancing ikan terbul. Ikan yang sangat manis bila di goreng. Walaupun mempunyai  tulang halus yang  banyak, tetapi tulang tidak sekasar tulang ikan lampam. Boleh kelar rapat-rapat dan goreng garing. Boleh dimasak semula selepas digoreng samada berlada atau berlemak.

Ikan Kali Pertama


 Dapat haruan mula-mula pegang guna lapik tuala. Bila dah dapat lagi, lupa dah tuala tu. Baru joint ni turun mancing haruan dan bujuk. Lepas ni pantang ajak dah.

Ikan Tak Ada



Lepas hujan air memang naik. Tengok sekali tu macam seronok hendak mancing. Bila dah turun ikan tak ada. Mana pergi? Yang ada makan saiz kecil sahaja. Yang besar tak tahu ke mana. Tapi kalau rajin turun waktu malam, guna umpan anak ikan, memang berbaloi. Saiz baung yang besar.