Trip Camping Mencari Tengas

Trip singkat ini dirancang mencari tengas untuk dibela sambil merecce potensi sungai sama ada dihuni kelah atau tidak. Saya dan rakan yang arif tentang habitat kelah merancang untuk berkhemah selama dua hari satu malam. Kawasan yang dituju tidak asing lagi bagi kaki offroad tetapi disebabkan tiada transport yang sesuai kami mengambil keputusan untuk  berjalan dan meranduk sungai setakat mana yang mampu.

Setelah sejam setengah berjalan dan meranduk sungai sambil meninjau serta mencari lokasi tapak khemah yang sesuai. Hari sudah mulai gelap dan kami mengambil keputusan untuk mendirikan khemah di kawasan yang tidak jauh dari spot memancing.
 
Sambil meninjau rakan saya mencari benih kelah dan hasil pemerhatian walaupun keadaan geography yang sesuai untuk kelah... sungai ini hanya ada anak-anak tengas dan sebarau sahaja.

Pancingan bermula pada pukul 8 malam setelah selesai mendirikan khemah dan makan malam. Umpan utama yang digunakan ialah cengkerik. Kami memancing dasar dan meranduk ke lokasi bangkar kayu dan kawan berbatu. Selesai memancing sekitar pukul 4.30pg, kami pulang semula ke tapak khemah. Lebih kurang 20 ekor lebih tengas berjaya dipancing dan dua ekor ikan keli berjaya dinaikkan.

Pancingan diteruskan pada awal pagi keesokkan harinya tetapi terpaksa berhenti awal tengahari  disebabkan hujan  turun tiba tiba. Kami terpaksa bergegas ke tapak khemah untuk mengemas barang untuk  mengelakkan kepala air.

Hujan yang berterusan menyebabkan kami mengambil keputusan untuk keluar awal kerana tiada jalan  darat kecuali meranduk sungai sebelum melalui jalan darat .  Alhamdullilah keluar pada pukul 5 ptg.